Jumaat, 15 Januari 2010

JIN. GANGGUAN DAN CARA MENGUBATINYA (Bahagian 12)

CARA-CARA MENGUBATI GANGGUAN JIN

4.0 CARA-CARA MENGUBATI GANGGUAN JIN

Setiap penyakit ada ubatnya yang tersendiri. Begitu juga dengan penyakit dan gangguan yang dilakukan oleh jin terhadap manusia.

4.1 CARA-CARA MENGUBATI PENYAKIT GILA YANG DI SEBABKAN OLEH JIN
1) Hendaklah membaca jampi atau ayat- ayat al-Quran tertentu kepada mangsa iaitu :

a) Surah Al-Fatihah
b) Surah Al-baqarah ayat 1-4
c) Surah Al-Baqarah ayat 102,
d) Surah Al-Baqarah ayat 163-164
e) Ayat Kursi
f) Surah Al-Baqarah ayat 285-286
g) Surah Al-Imran ayat 18-19
h) Surah Al-A’raf ayat 54-56
i) Surah Al-A’raf ayat 117-122
j) Surah Yunus ayat 81-82
k) Surah Toha ayat 69
l) Surah Mukminun ayat 115-118
m) Surah As-Soffat ayat 1-10
n) Surah Al-Ahqaf ayat 29-32
o) Suarh Ar-Rahman ayat 33-36
p) Surah Al-Hasyr ayat 21-24
q) Surah Al-Jin ayat 1-9
r) Surah Al-Ikhlas, Al-Falaq dan An-Nas

2) Sekiranya mangsa bertempik,berinteraksilah dengannya sebaik mungkin.

3) Sekiranya tidak bertempik, hendaklah diulang balik membaca jampi dan ayat-ayat al-Quran itu sebanyak tiga kali. Andaikata tidak bertempik juga, rakamkan surah-surah berikut supaya diperdengarkan kepada mangsa setiap hari selama dua atau tiga bulan.

a) Surah Al-Baqarah
b) Surah Hud
c) Surah Al-Hijr
d) Surah As-Soffat
e) Surah Qaaf
f) Surah Ar-Rahman
g) Surah Al-Mulk
h) Surah Al-Jin
i) Surah Al-A’la
j) Surah Al-Zalzalah
k) Surah Al-humazah
l) Surah Al-Kafirun, Al-Falaq dan An-Nas

Kemudian, berdoalah kepada Allah s.w.t agar disembuhkan mangsa dari gangguan jin tersebut.

4.2 CARA-CARA MENGUBATI HISTERIA ATAU RASUKAN JIN

Mangsa yang terkena gangguan jin sehingga menyebabkan berlakunya histeria atau rasukan berbeza-beza menurut kuat dan lemahnya gangguan tersebut. Kadangkala orang terkena gangguan tersebut akan menjadi sasau atau gila dan hilang semangat. Cara untuk mengubatinya adalah :

1) Bacakan keseluruhan jampi (ayat-ayat al-Quran yang disebutkan sebelum ini) kepada mangsa.

2) Sekiranya mangsa berteriak,berinteraksilah dengannya seperti menanyakan nama jin tersebut, agamanya, kenapa dia melakukan demikian dan tanyakan juga di mana tempat letak sihir dan ajaklah jin tersebut masuk Islam jika ia jin kafir.

3) Sekiranya tidak berteriak, berilah beberapa amalan yang perlu dilakukan oleh mangsa @ pesakit seperti :

a) Sebelum tidur hendaklah berwudhuk dan membaca ayat Kursi.
b) Membaca Surah Al-Ikhlas, Al-Falaq dan An-Nas. Selepas itu, ditiupkan pada kedua telapak tangan dan sapukan pada seluruh badan. Cara ini dilakukan sebanyak tiga kali.
c) Hendaklah membaca Surah As-Soffat pada waktu pagi dan Surah Ad-Dukhan sebelum tidur atau mendengar rakamannya.
d) Membaca Surah Al-Baqarah tiga kali sehari sekali atau mendengar rakamannya.
e) Hendaklah menyebut zikir ini pada waktu pagi dan petang sebanyak tujuh kali iaitu :
حَسْبِيَ اللهُ لاَ إِلَهَ إِلاَّهُوَ عَلَيْهِ تَوَكَّلْتُ وَهُوَ رَبُّ الْعَرْشِ الْعَظِيْمِ
f) Bacalah dua ayat terakhir dari Surah Al-Baqarah sebelum tidur.
g) Hendaklah menyebut doa ini sebelum tidur :

بِسْمِ اللهِ وَضَعْتُ جَنْبِيْ اَللَّهُمُّ اغْفِرْلِيْ ذَنْبِيْ وَأَخْشِيْءِ شَيْطَانِيْ وَفِّكِ رَهَاِنِّي وَاجْعَلْنِيْ فِيْ النَّدِيِّ الأَعْلَى
h) Rakamkan Surah Fussilat, Al-Fath dan Surah Al-Jin, kemudian perdengarkan kepada mangsa tiga kali sehari setiap hari.
Kesemua garis panduan ini hendaklah dilaksanakan selama sebulan penuh sehingga si mangsa benar-benar sembuh.

4.3 CARA-CARA MENGUBATI SIHIR MENGGAGALKAN
PERKAHWINAN

1) Bacakan ayat-ayat al-Quran yang disebutkan sebelum ini kepada mangsa.
2) Jika mangsa kerasukan (meracau) hadapilah ia dengan menanyakan soalan seperti yang dinyatakan.
3) Jika tidak kerasukan,berilah beberapa amalan supaya dilakukan oleh mangsa iaitu :

a) Sentiasa menjaga solat tepat pada waktunya
b) Tidak mendengar lagu-lagu atau muzik yang melalaikan.
c) Berwudhuk dan membaca ayat Kursi sebelum tidur
d) Menghimpun kedua telapak tangan dan bacalah Surah Al-Ikhlas, Al-Falaq dan An-Nas, kemudian sapukan keseluruh badan sebanyak tiga kali.
e) Merakamkan ayat Kursi, Surah Al-Ikhlas, Al-Falaq, An-Nas selama satu jam dan perdengarkan kepda mangsa setiap hari
f) Bacakan ruqyah (jampi) iaitu ayat-ayat al-Quran yang dinyatan sebelum ini ke dalam air dan di gunakan untuk diminum dan mandi setiap tiga hari sekali.
g) Setelah selesai mengerjakan solat subuh, bacalah zikir ini sebanyak 100 kali

لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيْكَ لَهُ لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلُّ شَيْئٍ قَدِيْرٌ

4.4 CARA-CARA MENGUBATI SIHIR PENCERAIAN

Cara yang paling berkesan untuk menghapuskan sihir dan gangguan jin melalui sihir ini ialah dengan mencabut dan membakar sihir tersebut. Caranya ialah :

1) Ambil tujuh helai daun sirih hijau atau daun teratai. Tumbuk dan hancurkan sehingga lumat.
2) Masukkan daun tersebut ke dalam mangkuk besar dan isikan dengan air untuk diminum dan mandi.
3) Letakkan tapak tangan kanan pada bekas air tersebut.
4) Sentuhkan bibir pada mangkuk tersebut sehingga nafas atau sebahagian ludah (air liur) orang yang mengubati mengenai air tersebut.
5) Bacakan ayat-ayat berikut dan arahkan pada air tersebut.

a) Ayat Kursi
b) Surah Al-Kafirun
c) Surah Al-Falaq da An-Nas
d) Surah Al-A’raf ayat 117-119
e) Surah Yunus ayat 79-82
f) Surah Toha ayat 65-69

6) Minumkan air tersebut kepada mangsa, kemudian mandikan dia dengan air tersebut.
7) Ulangi perkara ini selama seminggu dan berdoalah agar Allah s.w.t menyembuhkan mangsa.

4.5 CARA MENGUSIR GANGGUAN JIN DARI KEMALUAN LELAKI DAN WANITA

1) Ambillah tujuh helai daun sidr (sejenis daun salam) berwarna hijau.
2) Tumbuk sehingga halus kemudian letakkan ke dalam baldi berisi air.
3) Bacakan ayat Kursi tujuh kali.
4) Bacakan Mu’awwiyat tujuh kali
5) Gunakan ait tersebut untuk mandi selama seminggu.

Air tersebut tidak boleh ditambah dengan air baru dan tidak boleh dipanaskan di atas api. Jika ingin memanaskannya, hendaklah dipanaskan di bawah cahaya matahari dan hindarkan dari dituang di tempat najis.
Kemudian, berdoalah kepada Allah SWT agar jin tersebut melepaskan ikatannya.

4.6 MENGUSIR DAN MEMBUNUH JIN
4.6.1 MENGUSIR JIN DENGAN CARA PUKULAN

Orang yang hendak mengusir ataui membunuh jin mestilah orang yang bertaqwa kepada Allah s.w.t, percaya kepada pertolongannya, dan selalu berada dalam keadaan berwudhuk. Kemudian orang tersebut hendaklah menyingkirkan gambar atau patung dari tempat dia melakukan pengubatan kerana benda-benda tersebut mempunyai daya tarikan yang kuat bagi jin.

Kemudian, mintalah mangsa berwudhuk dan kemudiannya berbaring dan tutuplah kakinya dengan selimut. Sebagai langkah berhati-hati, letaklah al-Quran di atas kepala mangsa iaitu tepat pada pandangan matanya, sehingga jin tidak dapat keluar dari tubuhnya dan menghalangi pandangan matanya.

Kemudian, suruhlah seseorang yang soleh untuk memegang hujung telapak kaki kanan dan kiri mangsa. Kemudian letaklah tangan kanan ke atas kepala pesakit, lalu bacakanlah di telinganya ayat-ayat berikut :

1) Surah Al-Fatihah
2) Surah Al-Baqarah ayat 1-4
3) Surah Al-Baqarah ayat 254-257
4) Surah Al-Baqarah ayat 284-286
5) Surah Yaasin ayat 1-12
6) Surah As-Soffat ayat 1-10
7) Surah Al-Ghafir ayat1-3
8) Surah Ar-Rahman ayat 1-16
9) Surah Al-Hasyr ayat 21-24
10) Surah Al-Hadid ayat 1-6
11) Surah Al-Jin ayat 1-3
12) Surah Al-Zalzalah
13) Surah Al-Qariah
14) Surah Al-Fil
15) Surah Al-Quraisy
16) Surah Al-Kafirun
17) Surah Al-Lahab
18) Surah-surah Mu’awwiyat.

Kemudian, berbicaralah dengan jin yang menghuni tubuh pesakit. Selepas itu paksalah ia keluar. Sekiranya ia degil, maka bolehlah dipukul supaya menyakiti jin tersebut. Sekiranya jin tersebut tetap berdegil, maka bolehlah dibunuh dengan membaca ayat-ayat di atas secara berulang kali.

Apa yang perlu diingati ialah segala yang berlaku itu adalah dengan keizinan daripada Allah s.w.t. Sebagai hamba, kita perlulah meminta pertolongan daripadanya.

4.7 PERLINDUNGAN DARIPADA GANGGUAN JIN DAN SYAITAN

Mencegah lebih baik dari mengubati. Sebagai hamba Allah s.w.t yang lemah kita mestilah memohon keamanan dan keselamatan daripada gangguan dan bencana yang ditimbulkan oleh jin dan syaitan.
Sesungguhnya kita mengetahui bahawa jin dan syaitan itu adalah musuh yang nyata dan mereka akan berusaha untuk mengganggu manusia. Oleh itu, cara yang paling berkesan untuk menghindari gangguan mereka ialah dengan meminta perlindungan daripada Yang Maha Kuasa.

Kemudian, perbanyakkanlah amalan-amalan seperti qiamullail, puasa sunat dan solatlah di awal waktu. Banyakkan zikir-zikir yang dapat menguatkan hati dan iman seterusnya dapat menahan godaan hawa nafsu dan syaitan, seterusnya menghalang gangguan jin terhadap kita. Allah s.w.t telah berfirman :

وَاذْكُرْ رَبَّكَ فِي نَفْسِكَ تَضَرُّعًا وَخِيفَةً وَدُونَ الْجَهْرِ مِنْ الْقَوْلِ بِالْغُدُوِّ وَالآصَالِ وَلاَ تَكُنْ مِنْ الْغَافِلِينَ

Maksudnya : “Dan sebutlah nama tuhanmu dalam hatimu dengan merendahkan diri dan rasa takut, dan dengan tidak mengeraskan suara, di waktu pagi dan petang, dan janganlah kamu termasuk orang-orang yang lengah.”

PERINGATAN:

Adalah diingatkan, untuk mengubati penyakit2 yang berkaitan dengan kerasukkan atau disebabkan jin,pengubat mestilah seorang hampir kepada Allah dan tahu batas2 yang sepatutnya oleh seorang pengamal perubatan Islam tersebut dengan pesakit, terutamanya pesakit wanita. Amalan kerohanian seperti zikir,ma'thurat dan sebagainya juga adalah amat penting untuk menguatkan jiwa disamping menghampirkan diri kepada Allah s.w.t.Sebagai khulasohnya..pengamal perubatab Islam ini mestilah tahu menjaga adab2 terhadap diri sendiri,pesakit dan hubungan dengan Allah s.w.t.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catat Ulasan