Isnin, 28 Disember 2009

JIN. GANGGUAN DAN CARA MENGUBATINYA (Bahagian 6)

2.1 JENIS-JENIS JIN

Allah SWT menciptakan jin degan pelbagai rupa dan bentuk. Ada di antaranya dapat berubah-ubah bentuknya seperti anjing dan ular, ada pula yang bersayap dan boleh terbang di udara, ada pula yang suka bermukim dan yang bermusafir. Daripada Abu Tha’labah Al-Khasyani katanya : Rasulullah s.a.w bersabda :

الجِنُّ ثَلاَثَةُ أَصْنَافٍ : صِنْفٌ لَهُمْ أَجْنِحَةٌ يَطِيْرُوْنَ فِيْ الْهَوَاءِ وَصِنْفٌ حَيَّاتٌ وَكِلاَبٌ وَصِنْفٌ يَحِلُّوْنَ وَيَظْعَنُوْنَ

Maksudnya : “Jin terdiri daripada tiga golongan iaitu : golangan yang memiliki sayap dan terbang di udara, golongan yang menyerupai ular dan anjing dan golongan yang suka menetap dan suka berpindah-randah.”

Riwayat yang dikeluarkan oleh Ibn Abidunya di dalam Kitab Makaidus Syaitan dari Abi Darda’ dari Rasulullah s.a.w baginda bersabda maksudnya :“Allah Taala menciptakan jin ini menjadi tiga golongan, satu golongan berbentuk ular dan kala jengking dan Khosasul Ardi, satu golongan seperti angin di udara dan satu golongan lagi mereka suka menghitung-hitung dan menyeksa.”

2.2 KEMAMPUAN YANG DIMILIKI OLEH JIN

Jin mempunyai kekuatan dan kemampuan yang tidak dimiliki oleh manusai biasa, antaranya mereka mampu bergerak cepat, terbang di udara dan berubah bentuk. Allah s.w.t menceritakan kepada kita tentang kemampuan jin di dalam al-Quran :

قَالَ عِفْريتٌ مِنْ الْجِنِّ أَنَا آتِيكَ بِهِ قَبْلَ أَنْ تَقُومَ مِنْ مَقَامِكَ وَإِنِّي عَلَيْهِ لَقَوِيٌّ أَمِينٌ.
Maksudya : “Ifrit daripada golongan jin berkata : “Aku akan membawakannya kepadamu sebelum engkau bangun dari tempat dudukmu dan sesungguhnya aku amatlah kuat dan gagah untuk membawanya, lagi amanah”.

Di samping itu, mereka juga boleh menyerupai bentuk-bentuk haiwan seperti kuda, ular, kala jengking, kucing, anjing dan dalam bentuk burung. Mereka juga dapat menyerupai manusia sebagaimana yang terjadi ketika orang-orang Musyrikin Quraisy berkumpul di Darun Nadwah untuk membincangkan apa yang mereka akan lakukan terhadap Nabi Muhammad s.a.w. Lalu syaitan telah muncul dalam bentuk seorang lelaki dan mengusulkan agar Nabi Saw dibunuh.
Namun kemampuan untuk menjelma dalam bentuk-bentuk yang lain adalah bukan sesuatu yang mudah, malah tidak semua jin mampu merubah bentuk. Hal ini terjadi dengan izin dari Allah s.w.t kerana DIA-lah yang Maha Kuasa ke atas hamba-hambanya.

2.3 PERKAHWINAN JIN
2.3.1 KEHAMILAN DAN KELAHIRAN

Kehidupan jin sangat mirip dengan kehidupan alamiah manusia, ada cinta, ada benci, kesepakatan dan perselisihan, kasih sayang dan permusuhan di kalangan mereka. Perasaan gembira yang berlaku kepada pasangan manusia yang mendirikan rumah tangga turut dirasakan oleh bangsa jin.
Mereka juga sangat mementingkan keperawanan bagi jin perempuan sebagaimana seorang lelaki dari bangsa manusia akan mencari perempuan yang masih gadis untuk menjadi pasangan hidupnya. Namun usia bagi melangsungkan perkahwinan di antara mereka adalah pada umur 170 sehingga mencapai usia 250, iaitu usia yang dipandang sabagai usia yang baik untuk berkahwin.
Maka dalam sesebuah perkahwinan, saat yang paling menggembirakan adalah ketika pasangan mendapat zuriat dari perkahwinan tersebut. Proses kehamilan dan kelahiran yang dialami oleh bangsa jin adalah lebih berat dan sulit berbanding manusia. Hal ini kerana, kehamilan jin tidak berkisar antara enam atau sembilan bulan sebagaimana manusia, tetapi lima belas bulan.
Kehamilan tersebut bermula dengan berhentinya haid yang di sertai rasa sakit. Khususnya jika rahim jin perempuan itu mengandungi tujuh sampai sembilan janin, malahan boleh mencapai kembar dua belas. Kemudian, apabila mencapai lima belas bulan usia kandungan di kalangan mereka, maka lahirlah bayi jin tersebut.
Bayi tersebut akan menyusu kepada ibunya dalam jangka waktu yang sangat lama iaitu boleh menjangkau seluruh usia manusia. Sepanjang tempoh tersebut, bayi jin lebih banyak tidur dan tergolek tanpa bergerak dan bersuara seterusnya membesar dan mulai belajar mengenai kehidupan sehinggalah kepada satu tempoh yang di tetapkan.

2.3.2 PERKAHWINAN DI ANTARA JIN DAN MANUSIA.

Para ulama’ telah berbeza pandangan dalam hal ini. Imam Ats-Tsa’alibiy berkata: “Sebahagian ulama’ berpendapat bahawa perkahwinan antara jin dan manusia untuk mengembangkan zuriat kadangkala terjadi.” Ulama’ yang berpendapat demikian merujuk kepada dalil, iaitu firman Allah s.w.t :

وَشَارِكْهُمْ فِي الأَمْوالِ وَالأَولاَدِ
Maksudnya : “Dan bersekutulah dengan mereka pada isteri dan anak-anak.”

Dan sabda Nabi s.a.w yang bermaksud : “Apabila seseorang laki-laki melakukan jimak dengan isterinya dengan tidak menyebut nama Allah terlebih dahulu, maka syaitan akan bersembunyi pada zakar kemaluan lelaki itu dan ikut berjimak bersamanya.”
Sebahagian ulama’ pula melarang perkahwinan di antara jin dan manusia kerana perkahwinan tersebut tidak akan menghasilkan zuriat. Ulama’ yang menegah perkahwinan ini adalah berdasarkan :
a) Lain jenisnya
b) Kerana tidak dapat menghasilkan zuriat
c) Kerana tidak terdapat dalil dari al-Quran yang membolehkan perkahwinan tersebut.
Selain itu, kehidupan alam jin adalah berbeza dari alam manusia. Mereka hidup di satu alam yang kita kenali sebagai alam ghaib, malah asal penciptaan mereka juga adalah berbeza dari kita. Hal ini di kuatkan lagi dengan Firman Allah s.w.t :

وَمِنْ آيَاتِهِ أَنْ خَلَقَ لَكُمْ مِنْ أَنفُسِكُمْ أَزْوَاجًا لِتَسْكُنُوا إِلَيْهَا وَجَعَلَ بَيْنَكُمْ مَوَدَّةً وَرَحْمَةً إِنَّ فِي ذَلِكَ لآياتٍ لِقَوْمٍ يَتَفَكَّرُونَ

Maksudnya : “Dan di antara tanda-tanda kekuasaaNya, Dia telah menjadikan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikanNya di antara kamu kasih sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir.”

فَاطِرُ السَّمَاوَاتِ وَالأَرْضِ جَعَلَ لَكُمْ مِنْ أَنْفُسِكُمْ أَزْوَاجًا

Maksudnya : “(Dia) Pencipta langit dan bumi. Dia menjadikan bagi kamu dari jenis kamu sendiri berpasang-pasang.”

Maka jelaslah di sini bahawa perkahwinan antara jin dengan manusia tidak mungkin terjadi melainkan ada sebab-sebab tertentu atau ketika jin itu menampakkan dirinya dalam bentuk manusia. Tetapi perkara tersebut amatlah jarang berlaku, sekiranya terjadi perkahwinan tersebut, maka ianya tidak akan menghasilkan zuriat.

Ahad, 27 Disember 2009

JIN. GANGGUAN DAN CARA MENGUBATINYA (Bahagian 5)

2.0.2 UMUR JIN

Sepertimana yang kita ketahui bahawa jin mempunyai usia yang sangat panjang berbanding manusia. Di antara mereka ada yang berusia ratusan, malah ada yang berusia lebih dari ribuan tahun. Ini bersesuaian dengan pemintaan mereka agar Allah s.w.t mengurniakan umur yang panjang kepada mereka.
Bagi jin yang berusia 180 tahun, apabila dikiaskan dengan umur manusia adalah seperti remaja yang berusia 15 atau 16 tahun. Inilah yang menunjukkan bahawa mereka mempunyai umur yang sangat panjang.

2.0.3 AGAMA DAN AKIDAH JIN.

Kehidupan yang dilalui oleh bangsa jin adalah tidak jauh bezanya dengan apa yang dilalui oleh bangsa manusia. Ini termasuklah di dalam soal ibadat dan pekerjaan yang lain. Allah s.w.t telah berfirman :
وَمَا خَلَقْتُ الْجِنَّ وَالإِنسَ إِلاَّ لِيَعْبُدُونِ
Maksudnya : “Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka itu beribadah.”

Inilah dalil yang kuat untuk menyatakan bahawa jin juga perlu menunaikan kewajipan sebagaimana manusia. Dan bagi jin yang mukallaf, mereka wajib menunaikan segala yang diperintahkan oleh Allah s.w.t kepada mereka sebagaimana firman-Nya :

. يَامَعْشَرَ الْجِنِّ وَالإِنسِ أَلَمْ يَأْتِكُمْ رُسُلٌ مِنْكُمْ يَقُصُّونَ عَلَيْكُمْ آيَاتِي وَيُنذِرُونَكُمْ لِقَاءَ يَوْمِكُمْ هَذَا قَالُوا شَهِدْنَا عَلَى أَنفُسِنَا وَغَرَّتْهُمْ الْحَيَاةُ الدُّنْيَا وَشَهِدُوا عَلَى أَنفُسِهِمْ أَنَّهُمْ كَانُوا كَافِرِينَ

Maksudnya : “Wahai golongan jin dan manusia, apakah belum datang kepadamu Rasul-rasul dari golongan kamu sendiri, yang menyampaikan kepadamu ayat-ayat-Ku dan memberi peringatan kepadamu terhadap pertemuanmu dengan hari ini?”

Jin juga menganut pelbagai agama seperti agama Islam, Kristian, Buddha, Hindu dan ada juga yang Athies iaitu tidak percaya kepada mana-mana agama.
Sabda Nabi s.a.w :
إِنَ بِالْمَدِيْنَةِ نَفَرَا مِنَ الْجِنِّ قَدْ أَسْلَمُوْا
Maksud : “Sesungguhnya di Madinah ini terdapat golongan jin yang masuk Islam.”
Bagi jin yang muslim, ada di kalangan mereka yang berfahaman atau menganut aliran Qadariyyah, Syiah, Ahli Sunnah Wal Jamaah dan ada juga yang Ahli Bid’ah serta lain-lain aliran. Dari kalangan mereka yang muslim ini juga, ada yang taat, ada yang suka membuat maksiat, ada yang bertakwa dan ada yang melakukan dosa. Tentang hal ini, Allah s.w.t telah berfirman di dalam kitab suci al-Quran :

وَأَنَّا مِنَّا الصَّالِحُونَ وَمِنَّا دُونَ ذَلِكَ كُنَّا طَرَائِقَ قِدَدًا

Maksudnya : “Dan sesungguhnya, di antara kami ada orang-orang yang soleh dan di antara kami ada pula yang tidak demikian halnya. Adalah kami menempuh jalan yang berbeza-beza.”
Ibn Abbas ketika menafsirkan ayat ini mengatakan bahawa di antara jin, ada yang mukmin dan ada pula yang kafir.
Begitu juga Ibn Taimiyah berpendapat bahawa jin itu ada yang muslim, ada yang kafir, ada yang Ahli Sunnah dan ada pula yang Ahli Bid’ah.
Para ulama’ bersepakat, bahawa jin yang kafir tempatnya di akhirat adalah di neraka, dan bagi jin mukmin yang beramal soleh pula adalah di syurga.
Firman Allah s.w.t :
لَمْ يَطْمِثْهُنَّ إِنسٌ قَبْلَهُمْ وَلاَ جَانٌّ
Maksudnya : “Mereka tidak pernah disentuh oleh manusia sebelum mereka (penghuni-penghuni syurga yang menjadi suami mereka) dan tidak pula oleh jin.”

Firman Allah s.w.t :

أُوْلَئِكَ الَّذِينَ حَقَّ عَلَيْهِمْ الْقَوْلُ فِي أُمَمٍ قَدْ خَلَتْ مِنْ قَبْلِهِمْ مِنْ الْجِنِّ وَالإِنسِ إِنَّهُمْ كَانُوا خَاسِرِينَ (18) وَلِكُلٍّ دَرَجَاتٌ مِمَّا عَمِلُوا وَلِيُوَفِّيَهُمْ أَعْمَالَهُمْ وَهُمْ لاَ يُظْلَمُونَ (19)

Maksudnya : “Mereka itulah orang-orang yang telah ditetapkan (untuk mengalami seksa) di antara umat-umat terdahulu sebelum mereka dari kalangan jin dan manusia. Sesungguhnya mereka adalah orang-orang yang merugi. Kemudian dilanjutkan, dan bagi masing-masing diberikan darjat yang sesuai apa yang mereka kerjakan, dan agar mencukupkan bagi mereka (balasan) pekerjaan-pekerjaan mereka sedang mereka tiada merugikan”
(Surah Al-Ahqaf : 18-19)
Di dalam ayat ini terdapat bukti yang menunjukkan bahawa jin yang taat masuk syurga dan yang kafir dan melakukan maksiat akan masuk neraka.

2.0.4 TEMPAT TINGGAL DAN MAKANAN JIN

Bangsa jin lebih mengutamakan untuk tinggal di tempat-tempat yang sunyi dan sepi dari manusia seperti di padang pasir, hutan belantara dan ada juga yang tinggal di tempat yang kotor seperti tempat pembuangan sampah.
Sementara itu, ada juga jin yang tinggal bersama-sama manusia di bandar-bandar besar, dalam rumah, atas bumbung rumah dan sebagainya.
Yazid bin Jabir pernah berkata : “Pada setiap rumah ada jin yang tinggal di atapnya, setiap kali makanan siang diletakkan, maka mereka akan turun dan makan bersama penghuni rumah, demikian pula pada waktu makan petang hari.”
Abu Bakar bin Ubaid dari Yazid juga meriwayatkan : “Pada setiap rumah kaum Muslimin ada jin Islam yang tinggal di atas atap rumahnya, bila makan siang diletakkan, mereka turun dan ikut serta makan bersama penghuni rumah, begitu juga bila makanan malam diletakkan, mereka juga turun makan bersama penghuni rumah.”
Jin juga ada yang menjadikan tandas sebagai tempat tinggalnya. Sebagaimana dalam keterangan hadis dari Yazid bin Arqam menerangkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud :
“Sesungguhnya pada tiap-tiap tempat pembuangan kotoran ada di datangi jin, kerana itu bila seseorang kamu datang ke tandas maka hendaklah ia mengucapkan doa : ‘Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepadamu dari jin lelaki dan perempuan’.”
Yang di maksudkan dengan jin yang tinggal di tandas dalam hadis ialah jin kafir, kerana mereka mengutamakan tempat-tempat najis dan kotor. Justeru itu, jin kafir merasa sesak oleh bau wangi. Sedangkan jin muslim menyukainya sebagaimana orang muslim menyukai bau-bauan yang wangi.
Jin juga sangat suka tinggal di lubang-lubang. Oleh itu ada hadis yang menyebutkan yang bermaksud :“Janganlah kamu kencing di lubang”
Jin juga sangat suka tinggal di tempat-tempat yang terdapat air seperti sungai-sungai, lautan dan sebagainya. Hal ini kerana, apabila azan berkumandang , para jin yang kafir dan syaitan akan lari ke tempat-tempat yang ada air, malahan ada yang lari bersembunyi di dalam lubang-lubang tandas dan kotoran.
Sebagaimana manusia, jin juga memerlukan makanan dan minuman untuk memberi tenaga kepada mereka. Daripada Ibn Mas’ud katanya : Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud : “Aku pernah didatangi jin dan aku pun pergi bersamanya, lalu aku membacakan al-Quran kepada mereka. Ibn Mas’ud berkata : Kemudian Nabi s.a.w mengajak kami pergi dan memperlihatkan bekas jin dan bekas api mereka kepada kami. Mereka meminta bekal kepada Nabi s.a.w. Baginda bersabda : Setiap tulang yang disebut nama Allah ke atasnya adalah bekal kamu dan ia melebihi kelazatan daging dan setiap kotoran binatang adalah sebagai makanan bagi haiwan tunggangan kamu. Kemudian Rasulullah s.a.w bersabda : Oleh itu, janganlah kamu beristinjak dengan tulang atau kotoran haiwan kerana ia merupakan makanan saudara-saudara kamu (jin)”
Selain itu, bagi jin yang kafir dan syaitan pula, mereka makan makanan yang tidak disebutkan Bismillah padanya. Mereka juga makan bahan makanan seperti wap dan bau-bauan dari kemenyan atau sebagainya.

Sabtu, 26 Disember 2009

JIN. GANGGUAN DAN CARA MENGUBATINYA (Bahagian 4)

KEHIDUPAN, KEMAMPUAN DAN JENIS-JENIS JIN.

2.0 KEHIDUPAN JIN DAN SYAITAN.

Jin adalah makhluk yang sangat banyak bilangannya dan tidak dapat dibayangkan oleh akal manusia. Jika jumlah anak Adam yang manjadi penduduk bumi mencapai jumlah lima billion, maka jumlah jin yang menjadi penghuni bumi pula adalah berbillion kali banyaknya dari jumlah manusia. Amat jarang ada sesuatu tempat di bumi ini yang tidak diduduki oleh jin, baik di darat, lautan mahupun udara.
Imam Zamaksyari di dalam bukunya ‘Rabiul Abrar’ menjelaskan : Allah s.w.t menjadikan makhluk yang bernyawa menjadi empat kelompok, iaitu :
a) Malaikat
b) Syaitan
c) Jin
d) Manusia
Keempat-empat kelompok itu dibahagikan menjadi sepuluh bahagian. Sembilan bahagian adalah malaikat, manakala yang satu bahagian adalah jin, syaitan dan manusia. Yang satu bahagian ini pula dibahagikan menjadi sepuluh bahagian. Sembilan bahagian adalah syaitan dan satu bahagian lagi adalah jin dan manusia.
Jin dan manusia pula dibahagikan lagi menjadi sepuluh bahagian. Sembilan bahagian untuk jin manakala satu bahagian adalah untuk manusia. Dengan itu dapatlah dijelaskan di sini bahawa jin kafir lebih banyak berbanding jin Islam. Perbandingannya adalah satu persepuluh. Maka keramaian manusia berbanding dengan keramaian jin hanya satu persepuluh sahaja. Atau boleh juga dikatakan bahawa jumlah jin adalah sepuluh kali ganda jumlah manusia. Di samping itu, jin kebiasaannya berumur panjang dan kematian di kalangan mereka adalah sangat lambat berbanding manusia.

2.0.1 SIAPAKAH MOYANG JIN?

Seperti manusia, jin juga mempunyai asal atau moyang bagi keturunan mereka. Adam a.s digelar Abul Basyar kerana baginda adalah moyang dan permulaan kepada seluruh umat manusia di muka bumi ini. Iblis pula digelar Abul Syaitan kerana dia merupakan moyang kepada semua syaitan dan jin yang kafir. Namun dari manakah asal Iblis?
Al-Imamus Al- Syahid Sayyid Qutb berpendapat di dalam kitabnya ‘Fi Zilalil Quran’ : Bahawa iblis itu termasuk di dalam golongan jin; dan ketika beliau mentafsirkan firman Allah s.w.t pada ayat إلا ﺍﻹبلس pada tutur kata beliau menyatakan bahawa iblis itu bukan dari golongan malaikat, sebab sekiranya ia dari golongan malaikat, tentulah tidak derhaka kerana malaikat tidak pernah derhaka kepada Allah s.w.t. Yang jelasnya, Iblis adalah termasuk dalam kelompok jin sebagaimana al-Quran ada menyebut bahawa Allah s.w.t menciptakan jin dari nyala api yang panas. Maka dari sinilah terpisah dari segi ciptaannya sahaja, sedangkan malaikat dijadikan Allah s.w.t daripada cahaya.
Maka jelaslah di sini bahawa Iblis adalah termasuk dalam kelompok jin. Maka, siapakah moyang kepada Iblis mahupun jin itu sendiri? Di dalam pemerhatian dan kajian saya di dalam beberapa buku yang berkaitan dengan jin dan syaitan, saya menemui bahawa moyang kepada jin dipanggil ‘Jan’ (dengan ‘a’ dipanjangkan). Al-Syibli menjelaskan dalam ‘Akam Al-Marjan’ bahawa namanya adalah Sumia, sedangkan Al-Suyuthi dalam ‘Luqth Al-Marjan’ meriwayatkan dari Ibn Abbas, katanya, “Ketika Allah s.w.t menciptakan Samum, yakni moyang jin yang diciptakan dari api yang menyala-nyala, Allah s.w.t berfirman yang maksudnya : “Sampaikan kepadaku harapanmu.” Maka Samum menjawab, :Aku berharap kami tidak boleh dilihat, dan agar kami dapat ghaib di angkasa dan tidak mati terlebih dahulu jin-jin tua kami sebelum dia menjadi muda.”
Hanya Allah s.w.t sahaja yang mengetahui tentang sejauh mana kebenaran riwayat ini, dan sejauh mana penisbahannya kepada Ibn Abbas. Namun apa yang dapat kita ketahui di sini ialah, Jan merupakan moyang kepada semua jin di dunia ini. Berkenaan dengan Iblis, dia adalah keturunan Jan dan sangat pandai serta mirip malaikat. Tetapi Allah s.w.t telah melaknatnya kerana tidak mahu sujud kepada Adam a.s.

وَإِذْ قُلْنَا لِلْمَلاَئِكَةِ اسْجُدُوا ِلأَدَمَ فَسَجَدُوا إِلاَّ إِبْلِيسَ كَانَ مِنْ الْجِنِّ فَفَسَقَ عَنْ أَمْرِ رَبِّهِ أَفَتَتَّخِذُونَهُ وَذُرِّيَّتَهُ أَوْلِيَاءَ مِنْ دُونِي وَهُمْ لَكُمْ عَدُوٌّ بِئْسَ لِلظَّالِمِينَ بَدَلاً

Maksudnya : “Dan (ingatlah) ketika Kami berfirman kepada para malaikat ‘Sujudlah kamu kepada Adam!’ Maka sujudlah mereka kecuali Iblis. Dia dan golongan jin, lalu dia menderhakai perintah tuhannya…”

Sebab itulah Iblis digelar moyang syaitan dan jin yang kafir kerana perbuatannya yang ingkar kepada perintah Allah s.w.t. Maka bolehlah dikatakan di sini bahawa, moyang kepada semua jin, iblis dan syaitan ialah Jan. Manakala Iblis merupakan moyang ataupun pemimpin kepada semua syaitan dan jin yang kafir yang mana Iblis itu sendiri berasal dari Jan.

Khamis, 24 Disember 2009

CERITA INI....

Bismillahirrahmanirrahim..
Dah habis pun bab pertama dalam tesis saya. Rehat dulu sebelum sambung bab dua. Terasa macam nak cerita la pulak macammana boleh terpilih tajuk berkaitan dengan jin ni. Sebenarnya..memang dari kecik lagi agak berminat dengan benda2 cam ni. Bukan minat camne pun..suka dengar cerita2 hantu. Kadang2 abang bawa balik buku cerita berkaitan dengan alam ghaib. Tumpang sekaki baca... pernah baca buku Tok Awang Ngah? Tue antara buku yang saya paling suka baca. Banyak siri, mengisahkan tentang pengalaman penulis berhadapan dengan benda2 dari alam ghaib. Dalam tue ada cerita pasal cara perubatan yang betul ngan tak betul. Lepas dari tue..selalu baca buku2 yang berkaitan dengan perubatan yang melibatkan makhluk2 halus ni.

Kebetulan..dekat rumah banyak kaset2 dan buku2 abah yang berkaitan dengan benda ni. Kalau abah dengar..saya pun tumpang sekaki. Paling ingat adalah ceramah Ustaz Ismail Kamus yang bertajuk “Bicara alam Jin”. Kadang2 hari2 pasang. Bukan apa pun..suka dengar cara ustaz. Bagi saya waktu tue..bukan ambil isi penting pun..saya cuma suka dengar dan gelak bila ada part-part yang agak kelakar. Tapi dalam diam2 sebenarnya saya terhafal(boleh pulak ter...)isi kandungan ceramah tue. Budak-budak...dengar dua tiga kali, cepat jelah ingatnya.

Ingat lagi...masa sekolah agama(masa sekolah rendah ada dua sekolah, sekolah kebangsaan sebelah pagi untuk akademik dan sekolah agama rakyat sebelah petang untuk fardhu ain) waktu tue darjah empat atau lima. Ustazah suruh bercerita tentang apa-apa kisah. Tak kiralah..kisah nabi ke...kisah sang kancil dan buaya ke...yang penting kena bercerita... bila kena turn saya..saya tak tahu nak bagi cerita apa...bukan terer bercerita pun..lagi pun semua versi cerita sang kancil, kawan-kawan dah sampaikan. Takkan nak cerita pasal otromen atau power rangers kot. Last-last dapat idea untuk cerita pasal jin.

Lalu dengan penuh keyakinannya..saya melangkah ke hadapan kelas. Lepas tue apa lagi..berceramahlah saya ikut stail Ustaz Ismail Kamus. Pasal jin lagi…semua yang dengar ternganga. Tapi tak sempat nak habis sebab dah habis waktu…nasib baik habis waktu..kalau tidak..memang habis satu kaset saya sampaikan. Siap buat gaya macam-macam. Bila teringat..rasa nak gelak.

Bila naik sekolah menengah..saya duduk asrama. Biasalah..asrama. tempat paling famoust untuk cerita-cerita alam misteri ni.. macam-macam cerita dengar. Dari kisah orang terputus leher sampailah kisah nampak itu dan ini. Masa tingkatan dua ditakdirkan duduk satu dorm yang agak besar. Kebetulan, akak sebilik tue terkena hysteria. Dari sorang..ke sorang. Keadaan agak kelam kabut. Mana nak jaga lagi..mana nak kawal rasa takut lagi. Semuanya bercampur-campur. Tapi buat-buat berani. Pegi tanya akak yang sorang tue(kena hysteria gak akak ni)..”kak,kenapa genggam ibu jari tue?” waktu tue pelik..kenapa akak tue asyik duk genggam je ibu jari kanan dia. Bila tanya dia pandang dan tengok ibu jari dia…pastu pandang saya dan dia buat tak tau je..bila baca ayat kursi..dia tak tentu hala balik..sah tak habis lagi akak ni. Lepas tue tak tau cerita dah sebab senior suruh keluar. Biar diorang yang uruskan. Kami kena pergi study..balik-balik tengok muka letih akak-akak je.

Lepas tue macam-macam cerita keluar…asrama pun waktu tue suram je…waktu malam semua duduk diam-diam dalam bilik. Takde dah yang nak duk kat koridor. Keadaan terkawal lepas pagar balik asrama… tapi sepanjang tempoh lima tahun di sekolah menengah...macam-macam benda terjadi.

Masuk tingkatan enam..lagi banyak...walaupun hanya dalam tempoh setahun..

Masuk maahad..dari semester satu sampailah akhir semester enam,duduk dengan orang yang sakit benda-benda ni. Nak tak nak..saya jadi berminat untuk mengkaji. Kadang-kadang kena jadi berani lebih dari orang lain. Nak buat macammana..dah asyik kena jaga orang sakit je...dorang pun..bila nak cerita nampak tue dan nampak ni semua ke saya dan seorang lagi sahabat. Nampak benda tue kat atas pokok, kat tingkap...macam-macam. Seram memang la ada...

Satu malam...berlakula kes rasukan ni. Berpunca dari sorang..kemudian bila yang sorang tue dah elok..kena kat sorang lagi pulak. Tapi dapat pulih...melainkan esok paginya.. waktu nak bersiap pegi kelas tasmi’...pelajar tue buat hal balik. Tak sedar diri...macam-macam cara buat...last-last sedar...ish budak ni..nape sedar cepat sangat...dah kena pegi kelas tasmi’..padahal waktu tue tak lancar...huhu...

Ada satu kes yang agak kelakar...masa duduk dalam kelas tasmi’...sahabat saya yang sorang ni panggil saya dan suruh tengok sorang adik yang sakit kat asrama. Keadaan dia waktu tu agak pelik...saya minta kebenaran ustaz untuk keluar dan balik asrama kejap..tengok xde sape pun kat asrama...cepat2 keluar sebab rasa seram la pulak... balik semula ke kelas...sahabat saya tadi masih dalam keadaan yang sama. Masih suruh saya balik dan tengok adik tue..saya kata takde...dia tetap suruh jugak...saya pun cakap kat ustaz...tiba-tiba sahabat saya tue menangis. Lepas ustaz baca ayat-ayat yang sepatutnya..sahabat saya tue tenang. Kitorang pun bawa balik ke asrama. Datang pulak sorang ni…memang dia boleh ngubat orang..dia pun berubatkanlah sahabat saya ni…guna lada hitam…terjerit jugak sahabat tue…ingatkan benda tuelah yang sakit..rupa2nya..memang sahabat saya tue yang menjerit sebab dia sakit…kaki kena tenyeh dengan lada hitam…sampai merah la juga..dia bagitau…yang dia takde ape2…dia sedar apa yang berlaku…waktu dia suruh saya tengok asrama pun dia sedar…Cuma dia bingung..tu pasal die nangis…mungkin sebab lemah semangat kena tegur…ustaz pun kata takde ape2. tapi disebalik tue memang ade cerita…

Akhirnya..bila time nak kena buat tesis..saya tak tahu nak pilih tajuk ape…kebanyakkan tajuk yang berlegar kat dalam kepala semuanya dah dibuat oleh pelajar2 sesi lepas. Cuma tinggal beberapa tajuk yang saya rasa orang tak buat lagi..berkaitan dengan jin. Lalu saya ambil keputusan untuk buat tajuk tesis saya yang dah buat ni. Sebelum mula buat tesis…kena hantar tajuk dulu untuk diluluskan oleh pihak Darul Quran. Takut2 ada tajuk yang sama dibuat berulang kali. Alhamdulillah..lulus..kemudian mula mengarang. Bahan2 banyak saya ambil dari koleksi buku2 yang memang saya kumpul dan dari kaset serta buku abah saya. Dari situ..saya kumpul dan rangkumkan untuk hasilkan tesis ni.

Ini cerita di sebalik tesis diploma saya.

Sabtu, 19 Disember 2009

JIN. GANGGUAN DAN CARA MENGUBATINYA (Bahagian 3)

1.5 JANTINA JIN

Anas r.a berkata : “Bila masuk tandas, Rasulullah s.a.w membaca doa :

اَللَّهُمَّ إِنِّى أَعُوْذُبِكَ مِنَ الْخُبْثِ وَالْخَبَائِثِ
Ertinya : “Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu dari kejahatan jin lelaki dan perempuan”.

Dari penjelasan doa Nabi tersebut, jelaslah bahawa jin juga seperti manusia, ada lelaki dan ada pula yang perempuan. Begitu juga dengan syaitan, mereka juga mempunyai jantina seperti manusia dan jin.

1.6 BENTUK DAN SIFAT JIN

Di dalam perbincangan yang lepas, kita telah mengetahui bahawa jin tidak lagi berbentuk seperti bahan asal kejadiannya iaitu api. Oleh hal yang demikian, tentulah mereka mempunyai bentuk yang khusus seperti manusia dan makhluk lain di bumi ini. Kita seringkali diwar-warkan tentang rupa bentuk yang buruk dan hodoh mengenai jin. Masyarakat melayu khususnya terlalu percaya kepada kewujudan hantu dan memberikan beberapa nama yang bagi menunjukkan keadaan makhluk tersebut. Sebagai contoh, makhluk yang berwarna hijau dan tubuhnya yang menyerupai kanak-kanak digelar sebagai toyol. Manakala, yang berbadan besar dan berbulu pula digelar sebagai hantu raya serta lain-lain seperti langsuir, polong, pelesit, pocong dan sebagainya.
Namun, dakwaan tersebut tidaklah benar kerana bentuk yang dilihat oleh manusia adalah bentuk-bentuk penjelmaan yang dilakukan oleh jin dan syaitan. Di dalam buku ‘Dialog dengan Jin Islam’ hasil karya Muhammad Isa Dawud, penulis telah menerangkan bahawa terdapat banyak perkara yang salah dalam menafsirkan bentuk jin sebagaimana yang diberitahu oleh jin Islam yang bernama Musthafa melalui perbualan tersebut. Lalu, bagaimanakah rupa bentuk jin yang sebenarnya?
Menurut pengakuan jin tersebut, keadaan mereka adalah tidak jauh dari manusia kecuali beberapa perbezaan yang menyebabkan mereka lain dari manusia. Antara perbezaan yang terdapat pada mereka ialah bentuk kepala yang lebih besar apabila dibandingkan dengan tubuh mereka. Mereka juga mempunyai mata yang memanjang dan tidak bulat seperti mata manusia kebiasaannya. Ada di antara mereka yang mempunyai mata yang memanjang ke arah atas, dan ada pula yang sedikit miring ke arah dahi. Lazimnya mata mereka adalah besar dan lebar seperti mata rusa, namun dalam bentuk yang memanjang.
Kita sering beranggapan bahawa mata jin dan makhluk seumpamanya sentiasa berwarna merah, tetapi ini dinafikan oleh jin tersebut dan dia menyatakan hanya dalam keadaan tertentu sahaja mata mereka akan berwarna merah. Bahkan mata mereka seperti mata manusia yang mempunyai pelbagai warna seperti hitam, kuning, coklat tua, hijau dan sebagainya. Dijelaskan bahawa keadaan mata mereka yang berwarna merah adalah di sebabkan adanya sinar-sinar halus yang memancar dari mata mereka iaitu sinar yang selamanya cenderung kepada warna merah. Bagi mereka, itu adalah satu kecantikan dan keindahan yang tidak menakutkan bagi sesiapa yang menatapnya.
Telinga mereka pula adalah mirip kepada telinga kuda iaitu dari segi bentuknya yang runcing. Bahkan ada pula yang menyerupai telinga kucing kerana apabila diperhatikan secara teliti, telinga kucing adalah hampir sama dengan telinga kuda.
Hidung mereka pula terletak di tengah-tengah wajah seperti kedudukan hidung manusia tetapi tidang mancung dan lazimnya dalam keadaan yang pesek atau bulat. Bagi jin Islam, biasanya mereka memanjangkan janggut untuk mengikuti sunnah Rasulullah s.a.w. Keadaan rambut mereka adalah sangat tebal, lebih-lebih lagi bagi golongan jin perempuan. Sifatnya pula adalah agak kasar dan sangat panjang bagi jin perempuan dan kebiasaannya botak bagi jin lelaki.
Dijelaskan juga, keadaan tangan mereka iaitu menyerupai tangan manusia tetapi agak panjang bila dibandingkan kepada tubuh mereka dan tidak seperti keadaan tangan manusia yang terletak cantik pada tempatnya. Mereka mempunyai kuku dan jari yang panjang dan keadaan kaki yang tidak sama dengan manusia iaitu dari segi letak tumit dan keruncingan jarinya.
Sementara itu, tulang mereka agak besar dibandingkan dengan kulit dan daging mereka. Mereka juga mempunyai kelenturan yang tidak dapat kita bayangkan. Organ-organ mereka pula agak kecil tetapi berfungsi sebagaimana organ manusia berfungsi walaupun mereka tidak memerlukan oksigen untuk bernafas.
Alat pencernaan mereka pula juga berfungsi sebagaimana lazimnya alat pencernaan berfungsi selepas makan atau minum. Sisa-sisa pencernaan keluar dari lubang-lubang pencernaan mereka seperti manusia walaupun keadaan najis mereka lebih kepada menyerupai wap yang sangat pekat. Sedangkan air kencing mereka adalah berbentuk gas yang sangat kuat tekanannya tetapi sangat ringan dan ianya mirip kepada air pancuran yang dibuat oleh manusia.
Seperti manusia dan makhluk yang Allah s.w.t ciptakan di dunia ini, jin juga mempunyai alat kelamin yang membolehkan mereka melakukan hubungan lelaki dan perempuan. Bolehlah dikatakan di sini bahawa keadaan jin adalah hampir sama dengan manusia iaitu mempunyai rasa berahi terhadap lawan jenis mereka. Mereka juga mempunyai sperma apabila terjadinya persetubuhan di antara mereka.
Mengenai kepala, Nabi s.a.w telah bersabda yang bermaksud:“ Sesungguhnya matahari ketika terbit ia membawa tanduk syaitan. Ketika ia naik, dilepaskannya tanduknya. Kemudian ketika ia tepat di tengah ufuk, dikenakannya kembali tanduknya. Namun ketika tergelincir, tanduk itu ditanggalkannya, untuk kemudian dikenakannya lagi ketika ia matahari tenggelam. Ketika betul-betul tenggelam, tanduk itu ditanggalkannya. Kerana itu, janganlah kalian solat pada tiga waktu tersebut.” Baginda juga mengatakan, “Sesungguhnya matahari terbit di antara dua tanduk syaitan dan tenggelam di antara dua tanduk syaitan pula.”
Seterusnya baginda juga menyatakan “Jangan kalian mendekatkan solat kalian dengan waktu terbit dan tenggelamnya matahari, sebab ia terbit di antara dua tanduk syaitan, dan tenggelam di antara dua tanduk syaitan pula.”
Oleh hal yang demikian, para ulama’ telah berbeza pendapat dalam menafsirkan makna hadis yang telah disebutkan di atas. Sebahagian ulama’ berpendapat bahawa yang dimaksudkan dengan hadis tersebut adalah syaitan mengikutinya dengan kedua tanduknya ketika matahari terbenam, dan demikian pula apabila matahari terbit. Hal ini kerana orang kafir bersujud kepada matahari, kerana itulah syaitan menyertai terbit dan tenggelamnya matahari agar orang-orang kafir sujud kepada mereka.
Ada pula yang berpendapat bahawa hadis tersebut mengandungi pengertian kiasan (majazi), dan yang dimaksudkan “tanduk” atau “dua tanduk” adalah kehebatan, kesombongan, kekuasaan, kemampuan dan pengikut-pengikut syaitan.
Berdasarkan hadis Nabi s.a.w tersebut, Jin Islam yang berdialog dengan penulis buku ‘Dialog dengan Jin Islam’ menyatakan bahawa para jin memang mempunyai tanduk dan keadaannya adalah mengikut tubuh mereka, iaitu kecil dan pendek jika mereka bertubuh kecil dan sebaliknya. Apa yang dapat disimpulkan di sini, jin mempunyai tanduk tetapi tidaklah terlalu besar dan panjang seperti yang selalu digambarkan oleh kita.
Sebagaimana halnya manusia, jin juga mempunyai warna kulit yang pelbagai seperti hitam, merah, dan putih. Bagi yang berwarna hitam, warnanya adalah lebih pekat dari kulit manusia yang gelap dan kulit mereka juga melekat dengan daging serta kebanyakkannya berbulu tebal.
Jin juga mempunyai lidah yang sesuai dengan tubuh mereka dan gigi yang selalunya panjang-panjang atau besar. Bagi jin yang beragama Islam, mereka mengenakan pakaian yang pelbagai seperti jubah dan kemeja yang selalunya berwarna merah iaitu warna kesukaan jin, dan ada juga yang berwarna kuning dan hitam. Bagi jin perempuan yang Islam,mereka memakai pakaian yang menutup aurat seperti tudung atau jilbab dan jubah. Hal ini bersesuaian dengan firman Allah s.w.t di dalam Surah Al-Ahzab : 59 yang bermaksud. “Hendaklah mereka melabuhkan jilbab-jilbab mereka.”
Jin kafir pada kebiasaannya memakai terompah atau selipar di sebelah kaki kiri mereka dan membiarkan kaki kanan tanpa memakai apa-apa. Berbeza halnya dengan keadaan jin Islam, mereka tidak memakai terompah pada satu kaki sahaja, tetapi mereka memakainya pada kedua-dua kaki mereka. Oleh itu, larangan Nabi s.a.w supaya kita tidak memakai satu terompah adalah benar kerana syaitan dan jin kafir memang memakai satu terompah sahaja. Larangan tersebut bertujuan agar kita mengikut perbuatan mereka yang ingkar kepada Allah s.w.t.

Isnin, 14 Disember 2009

JIN. GANGGUAN DAN CARA MENGUBATINYA (Bahagian 2)

1.3 AWAL PENCIPTAAN JIN DAN DALIL-DALIL YANG MEMBUKTIKAN KEWUJUDANNYA.

Allah s.w.t menciptakan jin lebih awal daripada manusia iaitu dengan selisih waktu yang sangat lama dan panjang apabila dikiaskan kepada manusia dan jin itu sendiri. Hal ini dibuktikan melalui firman Allah s.w.t :

وَلَقَدْ خَلَقْنَا الإِنسَانَ مِنْ صَلْصَالٍ مِنْ حَمَإٍ مَسْنُونٍ (26) وَالْجَانَّ خَلَقْنَاهُ مِنْ قَبْلُ مِنْ نَارِ السَّمُومِ (27)

Maksudnya : Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dari tanah liat kering (yang berasal) dari lumpur hitam yang diberi bentuk. Dan Kami telah menciptakan jin, sebelum itu, dari api yang sangat panas.

Kalimat “sebelum itu” dalam ayat tersebut menunjukkan kepada waktu yang sangat lama yang menunjukkan usia jin menghuni di muka bumi sebelum manusia. Diriwayatkan dari Utsman dari Al-A’sya Bakr ibn Al-Akhnas dari Abdur Rahman bin Sabith Al-Quraisy dari Abdullah bin Amr bin A-‘Asr r.a yang menerangkan : “Allah s.w.t menciptakan anak cucu jin 2000 tahun sebelum menjadikan Adam a.s”.
Ada pendapat yang mengatakan bahawa selisih waktu di antara penciptaan jin manusia itu hanyalah 40 tahun. Tetapi boleh jadi 40 tahun itu adalah dikiaskan kepada jin yang bersamaan dengan 2000 tahun seperti dalam riwayat yang disebutkan di atas. Namun riwayat tersebut diragui kebenarannya kerana terdapat beberapa beberapa perkara yang diragui pada periwayat selepas Uthman iaitu Ibn Basyar.
Namun begitu, waktu sebenar jarak di antara penciptaan manusia dan jin itu tidak dapat ditentukan dengan tepat dan boleh jadi ianya lebih lama iaitu 6000 tahun bila dikiaskan kepada manusia. Ini menunjukkan rentang waktu yang sangat lama dan panjang bila dinisbahkan kepada golongan jin itu sendiri dan merupakan kebanggaan kepada mereka.
Dalil lain yang membuktikan kewujudan mereka ialah :

وَإِذْ قُلْنَا لِلْمَلاَئِكَةِ اسْجُدُوا ِلأَدَمَ فَسَجَدُوا إِلاَّ إِبْلِيسَ كَانَ مِنْ الْجِنِّ فَفَسَقَ عَنْ أَمْرِ رَبِّهِ أَفَتَتَّخِذُونَهُ وَذُرِّيَّتَهُ أَوْلِيَاءَ مِنْ دُونِي وَهُمْ لَكُمْ عَدُوٌّ بِئْسَ لِلظَّالِمِينَ بَدَلاً

Maksudnya :“Dan (ingatlah) ketika Kami berfirman kepada para malaikat ‘Sujudlah kamu kepada Adam!’ Maka sujudlah mereka kecuali Iblis. Dia dan golongan jin, lalu dia menderhakai perintah tuhannya…”

وَمَا خَلَقْتُ الْجِنَّ وَالإِنسَ إِلاَّ لِيَعْبُدُونِ
Maksudnya :“Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka itu beribadah”.

. يَامَعْشَرَ الْجِنِّ وَالإِنسِ أَلَمْ يَأْتِكُمْ رُسُلٌ مِنْكُمْ يَقُصُّونَ عَلَيْكُمْ آيَاتِي وَيُنذِرُونَكُمْ لِقَاءَ يَوْمِكُمْ هَذَا قَالُوا شَهِدْنَا عَلَى أَنفُسِنَا وَغَرَّتْهُمْ الْحَيَاةُ الدُّنْيَا وَشَهِدُوا عَلَى أَنفُسِهِمْ أَنَّهُمْ كَانُوا كَافِرِينَ
Maksudnya : “Wahai golongan jin dan manusia, apakah belum datang kepadamu rasul-rasul dari golongan kamu sendiri, yang menyampaikan kepadamu ayat-ayat-Ku dan memberi peringatan kepadamu terhadap pertemuanmu dengan hari ini?”

Terdapat banyak lagi dalil daripada ayat-ayat al-Quran dan hadis daripada Nabi s.a.w yang menunjukkan tentang kewujudan jin di alam ini. Mengingkari kewujudan mereka adalah satu perkara yang tidak berasas kerana perihal mereka ini telah diberitahu oleh Allah s.w.t melalui firmannya di dalam al-Quran.

1.4 BAHAN ASAL PENCIPTAAN JIN

Allah s.w.t berfirman :

وَالْجَانَّ خَلَقْنَاهُ مِنْ قَبْلُ مِنْ نَارِ السَّمُومِ

Maksudnya : “Dan Kami telah menciptakan Jaan (jin), sebelum itu dari api yang sangat panas (nar as-samum)”.
Dan firman-Nya :
وَخَلَقَ الْجَانَّ مِنْ مَارِجٍ مِنْ نَارٍ
Maksudnya : “Dia menciptakan Jaan (jin) dari nyala api (maarij)”

Ketika Allah s.w.t mengisahkan perkataan Iblis di dalam firman-Nya :

خَلَقْتَنِي مِنْ نَارٍ وَخَلَقْتَهُ مِنْ طِينٍ
Maksudnya :“Engkau ciptakan aku dari api, sedang Engkau ciptakan dia dari tanah”.

Imam Muslim, dalam sahihnya, mencantumkan sebuah hadis yang diterima dari ‘Urwah, dari Aisyah, yang meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda,

خَلِقَتِ الْمَلاَئِكَةُ مِنْ نُورٍ وَخُلِقَ الْجَانُّ مِنْ مَارِجٍ مِنْ َنارٍ وَخُلِقَ ﺁدَمُ مِمَّا ﻭُﺻِﻒَ ﻟَﻜُﻢْ
Maksudnya :“Malaikat diciptakan dari cahaya, dan Jin diciptakan dari nyala api, dan Adam diciptakan dari sesuatu yang telah disebutkan kepada kalian.”

Dengan demikian, baik al-Quran mahupun Sunnah Rasul yang suci telah menegaskan tentang bahan asal penciptaan jin iaitu dari api. Sekalipun berbeza sebutan iaitu “nyala api” dan “api yang sangat panas”.
Persoalan yang timbul di sini adalah apakah yang dimaksudkan dengan ‘nyala api’ (marij) dan ‘api yang sangat panas’ (nar as-samum) itu?
Imam An-Nawawi mengatakan ‘marij’ itu adalah jilatan api (al-lahab) yang bercampur dengan hitamnya api. Sementara itu, At-Thabari mengatakan , ‘al-marij’ ialah sesuatu yang bercampur di antara satu sama lain, antara merah, kuning, dan biru, iaitu berdasarkan ucapan orang Arab yang mengatakan ‘marija ‘amr al-qawm’ yang bererti urusan kaum itu bercampur aduk. Ia juga berdasarkan ucapan Nabi s.a.w kepada Abdullah bin ‘Amr ibn Al-‘Ash: ‘Bagaimana halmu jika kamu berada di tengah-tengah suatu kaum yang perjanjian dan amanah mereka bercampur-baur...’
Dengan demikian, erti marij adalah nyala api dan lidah api. Di dalam Tafsir Al-Qurthubi disebutkan : “Al-Marij adalah al-lahab (nyala api) - dari Ibn Abbas. Atau inti api, atau lidah api yang berada di puncak manakala api tersebut menyala.”
Al-Laits mengatakan : “Al-Marij ialah api yang sangat terang yang memiliki nyala (panas) sangat kuat.”
Ibn Abbas mengatakan : “Al-Marij adalah nyala api yang berada di bahagian atas yang saling bercampur warnanya antara merah, kuning dan biru.”
Sementara itu, Abu ‘Ubaidah dan Al-Hasan mengatakan : “Al-Marij adalah campuran api. Ia berasal dari marija yang bereti bercampur-baur.”
Al-Jauhari dalam Al-Sihah mengatakan bahawa, yang dimaksudkan dengan marij min nar adalah api yang tidak berasap, yang dari itu jin diciptakan.
Imam An-Nasafi, dalam tafsirnya mengatakan : “...as-samum, ialah api yang sangat panas yang digunakan di tempat peleburan.”
Di dalam Tafsir Al-Qurthubi pula, beliau mengatakan : “Diriwayatkan bahawa Allah s.w.t menciptakan dua jenis api, yang bercampur di antara satu sama lain dan saling telan-menelan, itulah nar as-samum (api yang sangat panas).”
Di dalam Surah Al-Hijr disebutkan bahawa Ibnu Mas’ud mengatakan, “Nar as-samum yang darinya jin dicipta adalah satu bahagian daripada tujuh bahagian api Jahannam.”
Sedangkan Ibnu Abbas mengatakan bahawa as-samum ialah angin yang sangat panas dan mematikan. Di bahagian lain pula, Ibnu Abbas mengatakan bahawa: “As-samum adalah api tanpa asap, dan halilintar dibuat daripadanya.”
Sementara itu, Al-Qusyairi mengatakan bahawa : “Angin panas disebut as-samum kerana ia masuk misam tubuh (toksik)
Berdasarkan huraian-huraian tersebut, maka di dapati tiada perbezaan di antara ‘Al-Marij’ dengan ‘As-Samum’. Dan dapatlah disimpulkan di sini bahawa api mengandungi eter (ether) yang menyebabkan ia menjadi sangat ringan, dan terdiri dari campuran pelbagai warna yang menyebabkan makhluk yang dibuat darinya juga memiliki warna yang bermacam-macam, serta kemampuan untuk memanjang dan meninggi.
Persoalan yang timbul apabila membincangkan tentang perkara ini adalah tentang rupa atau bagaimana keadaan jasad makhluk yang dicipta daripada api ini. Adakah ia masih dalam bentuk asalnya iaitu dalam bentuk api atau sebaliknya?
Jawapan kepada persoalan ini dapatlah dihuraikan melalui keadaan jasad makhluk yang diciptakan dari tanah iaitu manusia. Keadaan kita pada hari ini tidaklah berada dalam bentuk tanah yang apabila terkena air akan menjadi luluh dan hancur, tetapi keadaan kita adalah sebuah jasad yang sangat cantik dengan tulang yang diselaputi daging serta mempunyai organ-organ berfungsi pada tempatnya. Hal ini menjelaskan tentang keadaan jin yang juga tidak berada dalam bentuk asal penciptaannya iaitu api, akan tetapi mereka juga mempunyai jasad yang sempurna, organ-organ tubuh dan kemudiannya ditiupkan roh agar mereka menjadi makhluk yang cerdas, berakal, dan memiliki kebebasan memilih, sebagaimana ketika Allah s.w.t menciptakan Adam dari tanah liat yang lebih di kenali sebagai at-tiin. Selanjutnya dari tanah liat menjadin hama’ masnun, iaitu tanah liat hitam yang sudah berubah baunya kerana lama terendam dalam air. Kemudian tanah liat hitam dan basah itu berubah menjadi tanah liat kering (shalshal) dan keras yang apabila diketuk akan mengeluarkan bunyi. Sesudah itu ditiupkan roh, sehingga jadilah Adam sebagai manusia yang sangat baik bentuknya, melalui kekuasaan Allah s.w.t.
Dengan kehendak dan kekuasaan Allah s.w.t, maka berubahlah nyala api menjadi benda yang terkumpul di dalamnya sifat basah dan kering, lalu ditiupkan roh kepadanya sehingga berubahlah ia menjadi benda atau jasad yang sangat ringan dan lembut yang kita kenali sebagai makhluk halus atau jin.

Ahad, 13 Disember 2009

JIN. GANGGUAN DAN CARA MENGUBATINYA (Bahagian 1)

Sebenarnya xde idea nak letak apa kat blog ni. Sebelum buat blog..idea datang bercambah-cambah. Bila dah buat, hilang pulak…tiba-tiba terfikir nak masukkan tesis yang saya buat semasa diploma dulu. Lalu saya pun postingkan dalam blog saya ni…selamat membaca…

ABSTRACT

As we know, the jinn is a type among Allah’s creatures who exist on the earth. The jinn is a included among the unseen things which is a presumption unto us to believe their existence. In the first chapter, the writer told us about the truth of the creation of jinn, supported with strong evidences which show their existence. Meanwhile, the second chapter concerned with the reality of jinn’s life in the unseen world in detail, where their life is similar to human life including the aspect of their daily life, creed and responsibility towards The Almighty Creator. The third chapter mentioned about various problems, disturbance and pernicious created by the jinn towards human being either caused by the cruelty from the human or caused by the cruelty from the jinn itselft towards human being. Moreover, in the fourth chapter, the writer storied about a few types of treatment and tips on how to avoid from the jinn disturbance. The last chapter which is the fifth chapter is the conclusion of the entire chapters about the title of this thesis, “Jinn: Disturbance towards human being and how to heal it.”

ALAM JIN

1.0 BERIMAN KEPADA YANG GHAIB.

Beriman kepada yang ghaib adalah termasuk salah satu asas dari akidah Islam, bahkan ianya merupakan sifat yang pertama dan utama yang dimiliki oleh Allah s.w.t. Sebagaimana firman Allah s.w.t yang ditujukan kepada orang-orang yang bertakwa yang berbunyi :

ألم (1). ذَلِكَ الْكِتَابُ لاَ رَيْبَ فِيهِ هُدًى لِلْمُتَّقِينَ (2). الَّذِينَ يُؤْمِنُونَ بِالْغَيْبِ وَيُقِيمُونَ الصَّلاَةَ وَمِمَّا رَزَقْنَاهُمْ يُنفِقُونَ (3).

Maksudnya : “Allah sahaja yang mengetahui akan maksudnya. Kitab al-Quran ini tidak ada keraguan padanya dan ianya merupakan petunjuk bagi mereka yang bertakwa. Iaitu mereka yang beriman kepada yang ghaib, yang mendirikan solat dan menafkahkan sebahagian rezeki yang kami anugerahkan kepada mereka”

Justeru itu, bagi setiap orang Muslim, mereka wajib beriman kapada yang ghaib, tanpa sedikitpun rasa ragu. Dalam perkara ini Ibnu Mas’ud mengatakan:“yang dimaksudkan dengan perkara yang ghaib itu ialah segala apa sahaja yang ghaib dari kita dan perkara itu telah diberitahu oleh Allah s.w.t dan Rasul-Nya.”
Begitu juga dengan jin. Jin termasuk di antara golongan makhluk ghaib yang kita patut beriman dengan kewujudan mereka. Hal ini kerana terdapat banyak dalil daripada al-Quran dan hadis Nabi s.a.w yang menerangkan tentang kewujudan mereka. Dalil-dalil tentang kewujudan jin ini akan dibincangkan dalam bab yang lain dalam tesis ini.

1.1 YANG NAMPAK DAN YANG TERSEMBUNYI

Jin adalah nama jenis, bentuk tunggalnya adalah jinniy, yang bererti “yang tersembunyi”, atau “yang tertutup”, atau “yang tidak terlihat”. Hal itulah yang memungkinkan kita untuk mengaitkannya dengan sifat umum “alam yang tersembunyi”, sekalipun akidah Islam memaksudkannya dengan makhluk-makhluk yang berakal, berkehendak, sedar dan mempunyai kewajipan, berjasad halus, dan hidup bersama-sama kita di dunia ini.
Walaupun jin itu tidak dapat dilihat atau tersembunyi dari pandangan mata, maka bukanlah bererti makhluk tersebut tidak wujud. Hal ini kerana terdapat begitu banyak benda yang tidak kelihatan di dunia ini tetapi ia wujud seperti angin dan udara.Walaupun kita tidak dapat melihat benda tersebut, tetapi kita dapat merasai hembusan angin dan dapat menggunakan udara untuk bernafas.
Begitu juga dengan roh yang merupakan hakikat dari kehidupan kita yang tidak dapat dilihat dan kita sendiri tidak mengetahui bagaimana rupa dan bentuk roh tetapi kita meyakini akan kewujudannya.
1.2 MAKNA JIN DALAM BAHASA ARAB

Dari segi bahasa, Al-Jin adalah lawan kata bagi Al-Ins (manusia). Disebut-sebut jika dikatakan , anastu asy-sya’a bererti “saya melihat sesuatu”: Allah s.w.t berfirman :

فَلَمَّا قَضَى مُوسَى الأَجَلَ وَسَارَ بِأَهْلِهِ آنَسَ مِنْ جَانِبِ الطُّورِ نَارًا قَالَ ِلأَهْلِهِ امْكُثُوا إِنِّي آنَسْتُ نَارًا لَعَلِّي آتِيكُمْ مِنْهَا بِخَبَرٍ أَوْ جَذْوَةٍ مِنَ النَّارِ لَعَلَّكُمْ تَصْطَلُونَ

Maksudnya : “Maka tatkala Musa telah menyelesaikan waktu yang ditentukan, dan dia berangkat dengan keluarganya, lalu dilihatnya api di lereng gunung. Dia berkata kepada keluarganya, ‘Tunggulah di sini, sesungguhnya aku melihat api (anastu naran)’”

Kosa kata dalam bahasa Arab yang terdiri dari huruf Jim dan Nun, dengan pelbagai bentuknya, memiliki pengertian “benda” atau “makhluk” yang tersembunyi.
Al-janin (janin) disebut demikian kerana ketersembunyiannya dalam perut ibunya, sebagaimana yang terdapat dalam firman Allah s.w.t yang bermaksud :
“...dan ketika kamu masih tersembunyi (ajinnat)dalam perut ibumu”
Junna ar-rajulu jununan, wa ajannahullahu, fahuwa majnun, yang ertinya : “Jika seseorang telah kehilangan akalnya, dan tertutuplah kesedarannya, maka dengan itu hilanglah kewajipan-kewjipan darinya akibat tidak ada akal. Tentang pengertian yang seperti ini, Allah s.w.t berfirman yang bermaksud :
“...Atau, pada dirinya ada penyakit gila?”
Termasuk dalam kategori ini adalah ucapan Nabi s.a.w yang bermaksud: “Puasa itu adalah junnah (perisai),” (Diriwayatkan oleh Al-Bukhari dalam Sahihnya, Kitab As-Saum, dari Abu Hurairah r.a. Terdapat hadis yang sama juga diriwayatkan oleh Malik dalam Al-Mu’watha’)
Tentang perkataan ‘Junnah’ ini, Uthman ibn Abi Al-Ash menjelaskan bahawa “Puasa itu adalah junnah (perisai) seperti junnah kalian dalam peperangan”. Junnah, dengan demikian adalah bererti pelindung atau penutup. Al-Qurthubi mengatakan : Junnah bererti pembatas, iaitu dalam kaitan dengan ketentuan syari’at. Iaitu setiap orang yang berpuasa mesti melindungi diri dari segala yang boleh merosakkan puasanya dan boleh menghilangkan pahalanya. Maka junnah boleh diertikan sebagai penutup, kerana pahala dan peningkatan kebaikan yang dihasilkannya.
Ibn ‘Arabi mengatakan : “Sesungguhnya puasa itu adalah junnah (pelindung) dari api neraka, kerana puasa dapat mencegah syahwat, sedangkan neraka itu jalan untuk menuju kepadanya adalah dengan syahwat. Hasilnya, jika seseorang yang berpuasa menahan diri dari menurut syahwat di dunia, maka puasa itu menjadi penutup kepada dirinya dari siksa neraka di akhirat kelak.
Syurga yang dijanjikan Allah s.w.t kepada hamba-hamba-Nya yang bertakwa disebut jannah kerana kebanyakan pohon yang terdapat di sana saling menutupi di antara satu sama lain.
Hati kita juga disebut al-jannan kerana ia merupakan sesuatu yang tertutup oleh dada. Ada pendapat yang mengatakan bahawa ia disebut demikian kerana fikiran dan lintasan hati yang dimiliki oleh kita tertutup dan tidak terlihat. Dengan demikian, segala yang tidak kelihatan oleh pandangan mata atau yang tersembunyi disebut sebagai janan. Oleh kerana itu, kawasan perkuburan disebut juga sebagai junan, kerana ia menutupi orang yang dikubur di dalamnya. Jika dilihat di dalam kamus-kamus dalam bahasa Arab pada huruf ‘Jim’ dan ‘Nun’, dengan beberapa tambahan, maka semuanya akan mengandungi pengertian atau maksud ‘yang tersembunyi’ dan ‘tertutup’.
Kata jiniy yang diucapkan oleh orang-orang Arab dahulu dan juga digunakan di dalam al-Quran, adalah makhluk berakal yang tersembunyi (tidak terlihat oleh mata, yang hidup bersama-sama kita. Bahasa-bahasa Eropah seperti Bahasa Inggeris mengambil perkataan genie daripada bahasa Arab yang diterjemahkan sebagai “roh syaitan”. Namun maksud sebenar perkataan ‘genie’ bagi mereka adalah lebih banyak merujuk kepada makhluk berakal yang banyak membantu manusia dalam melakukan kebaikan.Hal ini dapat kita lihat melalui beberapa filem yang dihasilkan seperti ‘The Lord of The Ring, Harry Potter’ dan beberapa filem lain yang mengaitkan sekumpulan makhluk yang dikenali sebagai ‘elf’ yang sering membantu manusia. Begitu juga dengan makhluk yang mereka panggil sebagai pari-pari. Maka dapatlah disimpulkan di sini bahawa apa yang dimaksudkan dengan jin itu adalah makhluk berakal yang hidup bersama-sama kita tetapi tersembunyi dan tidak terlihat oleh mata-mata manusia kerana wujudnya hijab di antara dunia kita dengan dunia mereka.

Isnin, 7 Disember 2009

APA YANG KITA KEJAR???

Seorang raja berhajat menghadiahkan sesuatu kepada salah seorang pengawalnya.Lalu dia dipanggil mengadap ke istana.“Paculah kuda kamu sejauh mana yang mampu. Sejauh mana kamu pergi selebar itulah tanah yang akan kamu miliki,”titah raja.Pengawalnya tersenyum girang mendengar tawaran itu.Hatinya mula berbisik, “lagi jauh perjalananku,lebih luaslah tanah yang akan aku peroleh.”

Tanpa berfikir panjang,pengawal itu pun melompat ke atas kudanya. Dia memecut laju….dan laju bagaikan derasnya tiupan angin.Hajatnya mahu sampai sejauh mungkin agar keluasan tanah yang diperoleh lebih banyak.apabila kudanya penat,dibelasahnya binatang itu agar terus memecut.Lapar,dahaga dan letih langsung tidak dihiraukan.Dia tidak mahu berhenti rehat walau sesaat kerana perasaaan tamaknya berkata , “kalau berhenti rugi.” Bagaimanapun kerana terlalu penat,kuda kesayangannya terjelepok jatuh lalu pengsan.pengawal itu jatuh tersepuk ke bumi. Badannya terlalu lemah dan langsung tidak berdaya untuk bangun. Digagahi juga,kerana keinginan untuk menambah keluasan tanah mengatasi segalanya.

Akhirnya di situ juga dia jatuh sakit dan terlantar keseorangan. Tanah yang luas beratus hekta yang menjadi miliknya tidak membawa erti apa-apa.
“kenapa aku terlalu tamak ?” Tanyanya yang ketika itu tersandar pada pangkal sebatang pohon.. “ sekarang ajalku semakin hampir.

Apakah aku masih perlukan tanah seluas ini? Padahal yang aku perlukan cuma sedikit tanah untuk mengambus jenazahku ,” rungut pengawal itu kesal.

Kekesalannya bagaimana pun sudah terlambat!
Apa yang dialami oleh pengawal itu adalah sama dengan kehidupan kita. Setiap hari kita paksa diri untuk mencari duit sebanyak mungkin. Kita berusaha untuk mendapatkan kuasa dan meraih pengiktirafan.

Kita abaikan kesihatan,pelajaran,abaikan masa bersama keluarga. Kita langsung tidak menghargai keindahan alam ciptaan yang maha agung dan sering lupa pada tanggungjawab sebagai hamba Allah.

Percayalah ……suatu hari nanti,kita akan sedar dari lena. Ketika itu barulah kita tahu bahawa perjalanan kita sudah terlalu jauh tersasar dari landasan.

Apa yang kita timbun selama ini langsung tidak membantu. Malah kita sebenarnya tidak memerlukan begitu banyak dalam hidup ini.
Sayangnya,ketika kita sedar ia sudah terlalu lambat. Kita tidak mampu memutar jarum jam ke belakang. Kita tidak mempunyai kekuatan untuk mengutip semula apa yang tercicir.

Ingatlah,kehidupan ini bukan untuk mengejar kekayaan semata-mata ataupun bermati-matian mendapatkan kuasa ataupun bertungkus-lumus mendapatkan pengiktirafan.

Kehidupan ini juga bukan sekali untuk kita menempa kekayaan sahaja.

Seharusnya kita bekerja untuk menikmati keindahan alam ciptaan tuhan ini.

Alangkah baiknya jika kehidupan ini diseimbangkan antara bekerja,belajar, dan bergembira. Barulah kita dapat membahagikan masa antara keluarga dan diri sendiri.
Orang lain tidak boleh membuat pilihan atau menentukan kehidupan kita.Hanya kita yang mampu mengenal pasti apa yang utama.Gembira adalah makna sebenar kehidupan.Bukanlah itu impian semua manusia.

Sabtu, 5 Disember 2009

AKU HANYA SEORANG HAMBA

Kisah Rasulullah sebagai pengajaran

Kalau ada pakaian yang koyak, Rasulullah menampalnya sendiri tanpa perlu
menyuruh isterinya. Beliau juga memerah susu kambing untuk keperluan
keluarga mahupun untuk dijual.

Setiap kali pulang ke rumah, bila dilihat tiada makanan yang sudah siap di
masak untuk dimakan, sambil tersenyum baginda menyinsing lengan bajunya
untuk membantu isterinya di dapur.
Sayidatina 'Aisyah menceritakan "Kalau Nabi berada di rumah, beliau selalu
membantu urusan rumahtangga.

Jika mendengar azan, beliau cepat-cepat
berangkat ke masjid, dan cepat-cepat pula kembali sesudah selesai
sembahyang."

Pernah baginda pulang pada waktu pagi. Tentulah baginda amat lapar waktu
itu. Tetapi dilihatnya tiada apa pun yang ada untuk sarapan. Yang mentah
pun tidak ada kerana Sayidatina 'Aisyah belum ke pasar. Maka Nabi
bertanya, "Belum ada sarapan ya Humaira?" (Humaira adalah panggilan
mesra untuk Sayidatina 'Aisyah yang bererti 'Wahai yang kemerah-merahan')
Aisyah menjawab dengan agak serba salah, "Belum ada apa-apa wahai
Rasulullah." Rasulullah lantas berkata, "Jika begitu aku puasa saja hari
ini." tanpa sedikit tergambar rasa kesal di wajahnya.

Sebaliknya baginda sangat marah tatkala melihat seorang suami memukul
isterinya. Rasulullah menegur, "Mengapa engkau memukul isterimu?" Lantas
soalan itu dijawab dengan agak gementar, "Isteriku sangat keras kepala.
Sudah diberi nasihat dia tetap degil, jadi aku pukul dia." "Aku tidak
bertanya alasanmu," sahut Nabi s. a. w. "Aku menanyakan mengapa engkau
memukul teman tidurmu dan ibu kepada anak-anakmu?"

Pernah baginda bersabda, "sebaik-baik lelaki adalah yang paling baik dan
lemah lembut terhadap isterinya." Prihatin, sabar dan tawadhuknya baginda
dalam menjadi ketua keluarga langsung tidak sedikitpun menjejaskan
kedudukannya sebagai pemimpin umat.

Pada suatu ketika baginda menjadi imam solat. Dilihat oleh para sahabat,
pergerakan baginda antara satu rukun ke satu rukun yang lain amat sukar
sekali. Dan mereka mendengar bunyi menggerutup seolah-olah sendi-sendi
pada tubuh baginda yang mulia itu bergeser antara satu sama lain. Sayidina
Umar yang tidak tahan melihat keadaan baginda itu langsung bertanya
setelah selesai bersembahyang,

"Ya Rasulullah, kami melihat seolah-olah
tuan menanggung penderitaan yang amat berat, tuan sakitkah ya Rasulullah?"
"Tidak, ya Umar. Alhamdulillah, aku sihat dan segar."

"Ya Rasulullah...
mengapa setiap kali tuan menggerakkan tubuh, kami mendengar seolah-olah
sendi bergeselan di tubuh tuan? Kami yakin tuan sedang sakit..." desak
Umar penuh cemas. Akhirnya Rasulullah mengangkat jubahnya. Para sahabat
amat terkejut. Perut baginda yang kempis, kelihatan dililiti sehelai kain
yang berisi batu kerikil, buat menahan rasa lapar. Batu-batu kecil itulah
yang menimbulkan bunyi-bunyi halus setiap kali bergeraknya tubuh baginda.

"Ya Rasulullah! Adakah bila tuan menyatakan lapar dan tidak punya makanan,
kami tidak akan mendapatkannya buat tuan?" Lalu baginda menjawab dengan
lembut, "Tidak para sahabatku. Aku tahu, apa pun akan engkau korbankan
demi Rasulmu. Tetapi apakah akan aku jawab di hadapan ALLAH nanti, apabila
aku sebagai pemimpin, menjadi beban kepada umatnya?" "Biarlah kelaparan
ini sebagai hadiah ALLAH buatku, agar umatku kelak tidak ada yang
kelaparan di dunia ini lebih-lebih lagi tiada yang kelaparan di Akhirat
kelak."

Baginda pernah tanpa rasa canggung sedikitpun makan di sebelah seorang tua
yang penuh kudis, miskin dan kotor.

Hanya diam dan bersabar bila kain
rida'nya direntap dengan kasar oleh seorang Arab Badwi hingga berbekas
merah di lehernya. Dan dengan penuh rasa kehambaan baginda membasuh tempat
yang dikencing si Badwi di dalam masjid sebelum menegur dengan lembut
perbuatan itu.

Kecintaannya yang tinggi terhadap ALLAH swt dan rasa kehambaan yang sudah
sebati dalam diri Rasulullah saw menolak sama sekali rasa ke tuanan.

Seolah-olah anugerah kemuliaan dari ALLAH langsung tidak dijadikan sebab
untuknya merasa lebih dari yang lain, ketika di depan ramai mahupun dalam
keseorangan.

Pintu Syurga telah terbuka seluas-luasnya untuk
baginda, baginda masih lagi berdiri di waktu-waktu sepi malam hari,
terus-menerus beribadah hinggakan pernah baginda terjatuh lantaran kakinya
sudah bengkak-bengkak.

Fizikalnya sudah tidak mampu menanggung kemahuan
jiwanya yang tinggi. Bila ditanya oleh Sayidatina 'Aisyah, "Ya Rasulullah,
bukankah engaku telah dijamin Syurga? Mengapa engkau masih bersusah payah
begini?" Jawab baginda dengan lunak, "Ya 'Aisyah, bukankah aku ini
hanyalah seorang hamba? Sesungguhnya aku ingin menjadi hamba-Nya yang
bersyukur."

Rasulullah s. a. w. bersabda,"SAMPAIKANLAH PESANKU WALAUPUN SEPOTONG AYAT..