Isnin, 4 Januari 2010

JIN. GANGGUAN DAN CARA MENGUBATINYA (Bahagian 8)

3.2 JENIS-JENIS GANGGUAN JIN TERHADAP MANUSIA.
Antara jenis gangguan yang sering terjadi kepada manusia ialah :
1. Gangguan sepenuhnya, iaitu jin mengganggu seluruh badan seperti orang yang mengalami berbagai macam saraf yang tersumbat.
2. Gangguan yang berterusan, iaitu jin terus berada dalam tubuh seseorang sehingga memakan waktu yang sangat lama.
3. Gangguan seketika, iaitu tidak lebih dari beberapa detik seperti seseorang yang mengalami mimpi buruk.

3.2.1 GILA KERANA GANGGUAN JIN.
3.2.1.1 JIN DALAM TUBUH ORANG GILA.
Penyakit gila yang terjadi kepada sesetengah manusia, kadang-kadang adalah disebabkan oleh gangguan jin terhadap orang tersebut. Jin dapat masuk ke dalam perut manusia berupa seekor binatang melata, sebagaimana yang terdapat dalam satu riwayat :
Ibn Abbas menceritakan mengenai seorang perempuan yang datang kehadapan Rasulullah s.a.w dengan membawa anak lelakinya. Perempuan itu berkata: “Ya Rasulullah, anak saya ini gila. Dia menghabiskan semua makanan siang dan makanan malam kami, serta bersikap buruk pula terhadap kami.”
Rasulullah s.a.w segera menyentuh dada anak itu seraya berkata : “Muntahlahkanlah!”
Maka keluarlah dari perut anak itu sejenis binatang melata yang masih hidup.
Riwayat ini menunjukkan penyakit gila akibat daripada gangguan jin.
3.2.1.2 JIN BERBICARA MELALUI LIDAH ORANG GILA.
Ibn Taimiyah mengatakan di dalam kitabnya ‘Majmu’ Al-Fatwa’ bahawa masuknya jin ke dalam tubuh manusia sudah ditetapkan dengan kesepakatan Imam-imam Ahli Sunnah wal Jamaah.
Mengenai penyakit gila, Ibn Taimiyah menganggap ia adalah penyakit daripada syaitan. Sebagaimana firman Allah s.w.t :
الَّذِينَ يَأْكُلُونَ الرِّبَا لاَ يَقُومُونَ إِلاَّ كَمَا يَقُومُ الَّذِي يَتَخَبَّطُهُ الشَّيْطَانُ مِنْ الْمَسِّ
Maksudnya : “Orang-orang yang makan riba tidak dapat berdiri melainkan seperti berdirinya orang yang kemasukan syaitan lantaran tekanan penyakit gila…”
Imam Ahmad mengatakan, jin berbicara melalui lidah orang gila Selanjutnya Ibn Taimiyah mengatakan, “Masuknya jin ke dalam tubuh orang gila sudah temasyhur. Jin itu menekan seseorang sehingga ia berbicara dengan percakapan yang sukar untuk difahami. Sesungguhnya jin memukul-mukul badannya dengan pukulan yang keras. Sekiranya pukulan itu dipukulkan kepada seekor unta, nescaya nyatalah bekasnya. Namun orang gila itu tidak merasakan apa-apa, walaupun ia dipukuli dengan sekuat-kuatnya. Jin tersebut terus berbicara melalui lidahnya.”
Jin tersebut juga kadang-kadang membuatkan orang gila itu melakukan perkara-perkara sumbang seperti membuka pakaian, berbogel, atau berlari sambil berteriak-teriak.
Ibn Taimiyah juga mengatakan : “Imam-imam dari umat Islam tidak ada yang mengingkari tentang masuknya jin ke dalam tubuh orang gila. Barangsiapa yang mengingkarinya, bererti ia menolak syara’.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan