Ahad, 10 Januari 2010

JIN. GANGGUAN DAN CARA MENGUBATINYA (Bahagian 11)

3.3.3 GANGGUAN JIN MELALUI SIHIR MENGGAGALKAN PERKAHWINAN

Biasanya sihir ini dilakukan apabila seseorang itu mempunyai rasa dengki atau iri hati terhadap seseorang. Maka orang tersebut akan mencari tukang sihir untuk menggagalkan perkahwinan gadis yang tertentu. Sebelum memulakan sihir, tukang sihir akan meminta nama mangsa dan nama ibunya sekali serta apa-apa kesan bau dari tubuh badan mangsa. Kemudian tukang sihir akan menyeru dan meminta bantuan daripada jin untuk membantunya. Maka jin tersebut akan menunggu waktu yang sesuai untuk masuk ke dalam jasad mangsa seperti ketika mangsa berada dalam keadaan marah, takut , lupa atau lalai dan ketika nafsu syahwat mangsa benar-benar memuncak tinggi.

Apabila berjaya masuk ke dalam badan mangsa itu, jin tersebut akan menjadikan gadis itu merasa jemu dan benci untuk berkahwin lalu semua pinangan yang datang akan ditolak mentah-mentah.

Sekiranya jin tersebut tidak berjaya masuk ke dalam badan gadis terbabit, maka jin tersebut akan melakukan sihir pukauan. Ia akan memukau pandangan mata seseorang lelaki sehingga menyebabkan gadis (mangsa) yang dilihat itu berwajah hodoh, di samping itu, jin itu juga akan menimbulkan rasa was-was terhadap apa yang sedang dilihatnya. Kadang- kadang perkara ini turut dilakukan kepada si gadis.

Untuk menggagalkan perkahwinan tersebut, jin yang menjadi khadam kepada tukang sihir itu juga akan menyebabkan gadis yang menerima pinangan dari mana-mana lelaki akan menolak pinangan tersebut selepas beberapa hari tanpa sebab dan alasan yang kukuh. Bagi lelaki yang ingin meminang gadis itu pula, apabila dia menjejakkan kaki ke rumah tunangnya, dia akan berasa rimas dan panas dan tidak suka kepada gadis tersebut dan tidak mahu meneruskan pinangan tersebut.

Perkara ini akan berlaku berulang-ulang kali sehingga gadis yang menjadi mangsa itu merasa putus asa untuk berkahwin. Maka perkara inilah yang sangat di kehendaki oleh tukang sihir dan orang yang menyuruh melakukan sihir tersebut.

3.3.4 GANGGUAN JIN MELALUI SIHIR PENCERAIAN

Sihir penceraian ialah sihir yang bertujuan untuk menceraikan suami isteri atau untuk menimbulkan perasaan benci dan permusuhan di antara sahabat dengan sahabatnya yang lain.

Di antara tanda-tanda sihir penceraian :

1) Perubahan mendadak dari cinta menjadi benci.
2) Timbul perasaan yang sifatnya meragukan antara satu sama lain.
3) Tidak mahu meminta maaf sedangkan sudah jelas melakukan kesalahan terhadap pasangannya.
4) Berubah pandangan seorang suami terhadap isterinya sehingga suami melihat isterinya sangat buruk dan meloyakan.
5) Membesarkan masalah –masalah kecil.
6) Merasa benci terhadap perbuatan pasangannya walaupun perbuatan tersebut adalah baik.

Seperti yang berlaku kepada sihir menggagalkan perkahwinan, perasaan dengki dan tidak suka kepada kebahagian orang lain adalah sebab utama yang mendorong seseorang itu melakukan perbuatan yang tidak bermoral tersebut. Maka dia akan mendatangi tukang sihir dan menyatakan tentang tujuannya. Tukang sihir tersebutnya akan meminta nama orang yang dimaksudkan beserta dengan sesuatu benda yang pernah digunakan seperti rambut atau pakaian yang pernah digunakan oleh mangsa. Jika tidak dapat menghadirkan benda-benda tersebut, maka tukang sihir itu akan mengerjakan sihirnya dengan menggunakan air, kemudian memerintahkan air itu dituangkan di tempat laluan orang yang ingin disihir itu. Apabila orang tersebut melalui tempat tersebut, maka sihir itu akan mengenainya. Kadang-kadang sihir tersebut juga diletakkan ke dalam makanan dan minuman orang yang ingin disihir itu. Seterusnya, jin yang menjadi khadam tukang sihir itu akan mengadakan bermacam-macam gangguan terhadap pasangan yang malang itu.

Gangguan yang dilakukan oleh jin tersebut adalah seperti menimbulkan rasa jemu dan bosan suami terhadap isteri dan sebaliknya. Selain itu, jin tersebut juga akan menimbulkan keraguan terhadap pasangan masing-masing, menimbulkan rasa rimas kepada isteri apabila suami berada rumah dan lain-lain lagi sehingga berlakulah penceraian.

3.4 JIN MENGIKAT KEMALUAN LELAKI DAN WANITA.

Ini adalah gangguan jin yang cukup berbahaya terhadap lelaki dan wanita itu sendiri. Pada pandangan mata manusia biasa, lelaki atau wanita itu dilihat sebagai orang yang normal tetapi mereka sebenarnya tidak mampu menunaikan kewajipan sebagai seorang suami atau isteri dengan sempurna.

Jin akan mengganggu rangsangan seksual lelaki atau tinggal di dalam otaknya. Hal ini kerana. Apabila berlaku rangsangan seksual, telur yang terletak pada zakar akan mengeluarkan hormon yang dialirkan di dalam darah sehingga hormon itu sampai ke kulit dan memenuhi jasad dengan sesuatu yang menyerupai aliran elektrik. Rangsangan seksual sampai ke kemuncaknya yang disalurkan melalui otak. Sebab itulah jin tersebut akan duduk di bahagian otak yang merupakan pusat rangsangan syahwat, kemudian membiarkan organ-organ seks itu bekerja secara alami . Jika lelaki itu mendekati isterinya dan ingin melakukan persetubuhan, maka jin itu akan bekerja untuk melumpuhkan rangsangan seks di otak sehingga terhentilah isyarat yang dikirim melalui darah ke zakar hingga tidak dapat tegang. Pada saat itulah darah akan kembali dengan cepat mengalir ke kemaluan hingga menjadi lemas dan lembik.

Orang yang terkena gangguan jin ini masih dapat merayu dan bermesra dengan isterinya, tetapi pada saat kemuncak lelaki itu menjadi tidak bermaya dan tidak mampu untuk meneruskan hubungan seksual bersamanya isterinya.

Gangguan jin terhadap wanita pula adalah menerusi lima cara :

1) Seorang isteri akan menghalangi suaminya untuk menggaulinya dengan cara merapatkan kedua pahanya sehingga suaminya tidak dapat menyempurnakan hubungan tersebut.

2) Jin yang mengganggu nafsu seks wanita akan tinggal di pusat saraf otaknya dan jin tersebut akan menghilangkan rasa nikmat hubungan kelamin tersebut. Walau bagaimana rangsangan yang di buat oleh suaminya, faraj wanita tetap kering dan tidak mengeluarkan cairan sehingga hubungan kelamin tidak sempurna.

3) Jin akan membuat kemaluan wanita mengeluarkan darah pada waktu digauli oleh suaminya sehingga suaminya menghentikan hubungan senggamanya. Apabila tidak melakukan hubungan senggama, darah itu akan berhenti.

4) Seorang suami yang ingin menggauli isterinya tiba-tiba merasa ada sesuatu benda yang menghalang iaitu berupa daging yang lembut, sehingga dia tidak dapat memasukkan zakarnya dengan sempurna.

5) Seorang lelaki yang menikah dengan seorang perawan, tetapi apabila bersama, lelaki tersebut merasakan kemaluan isterinya seperti janda.


3.5 JIN MENGGANGGU KANAK-KANAK

Di riwayatkan bahawa jin atau syaitan pernah menampakkan dirinya dalam bentuk bola yang dimiliki oleh seorang kanak-kanak yang sedang duduk di atas basikal. Tiba-tiba kanak-kanak itu dikejutkan dengan kemunculan bola itu dan dia berusaha untuk menangkapnya tetapi gagal keranan bola itu seolah-olah melemparnya dengan kuat. Kanak-kanak itu berusaha mengejarnya dan akhirnya terjatuh dan patah tangannya.

Selain itu, jin turut mengganggu kanak-kanak dengan cara mengusik atau mengacah kanak-kanak tersebut sehingga dia menjadi takut dan menangis dengan kuat. Lalu, perkara ini akan menjejaskan pertumbuhan kanak-kanak tersebut.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan