Ahad, 17 Januari 2010

JIN. GANGGUAN DAN CARA MENGUBATINYA (Bahagian 13)

BISMILLAHIRROHMANIRRAHIM....
Ini adalah bahagian terakhir untuk tajuk ni. Banyak tue..sampai 13 bahagian. Lepas ni kena fikir untuk tulis tajuk lain. Tajuk apa ya?..hmm..kena tunggu...


KESIMPULAN DAN PENUTUP

5.0 KESIMPULAN

Menyingkap tabir alam ghaib merupakan perkara yang agak sukar untuk dilakukan oleh sebahagian manusia. Namun dengan ilmu dan petunjuk daripada Allah s.w.t kita mampu untuk menghurainya. Jin adalah makhluk Allah s.w.t yang wajib kita imani tentang kewujudannya.

Kehidupan mereka adalah salinan yang sama dengan kehidupan kita sebagai hamba Allah s.w.t di muka bumi ini. Telah menjadi satu taklifan atau tanggungjawab yang mesti ditunaikan oleh mereka sebagai hamba Allah s.w.t di muka bumi ini iaitu dari sudut ibadah dan amalan seharian. Segalanya berlaku dengan begitu teratur sebagaimana kehidupan manusia.

Namun, disebalik realiti hidup kita sebagai hamba Allah s.w.t di muka bumi ini, perasaan hasad dengki dan iri hati tidak dapat dielakkan. Lalu terjadilah gangguan-gangguan dari bangsa jin terhadap bangsa manusia. Gangguan tersebut kadang-kadang sangat menyakitkan dan membawa kepada kematian. Antara punca berlakunya gangguan tersebut ialah :

1) Gangguan manusia ke atas jin tanpa sengaja.
2) Perangai buruk dari manusia itu sendiri.
3) Kezaliman jin itu sendiri terhadap manusia.

Gangguan tersebut berlaku juga kerana perasaan dendam dan hasad dengki yang berlaku di kalangan manusia sendiri. Lalu mereka menggunakan khidmat dukun dan jin untuk melampiaskan perasaan dendam tersebut.

Setiap yang membawa kemudharatan itu pasti mempunyai jalan penyelesaiannya. Gangguan-gangguan yang berlaku tersebut dapat diubati dan dihindari dengan kehendak daripada Allah s.w.t. Hal yang menjadi asas utama kepada semua ini adalah keimanan kita kepada Allah s.w.t.


5.1 PENUTUP

Gangguan yang dilakukan oleh jin yang adalah sesuatu yang amat menyakitkan. Sebagai hamba Allah s.w.t yang lemah, kita hendaklah sentiasa memohon padaNya agar diselamatkan dari godaan jin, syaitan, dan hawa nafsu agar kita tidak terjerumus ke lembah kehancuran dan kehinaan.Oleh hal yang demikian, adalah penting bagi kita untuk membersihkan hati dan jiwa serta meningkatkan amal ibadah kita kepada Allah s.w.t agar kita mempunyai benteng yang kuat untuk menghalangi apa jua bentuk gangguan yang dilakukan oleh golongan jin kepada kita. Yakinlah bahawa segala yang berlaku itu adalah dengan kekuasaan dan izin daripada Robbul ‘Alamin. Semoga kita diberi kekuatan untuk menangkis semua gangguan yang disebabkan oleh jin serta mereka yang mempunyai perasaan hasad dengki serta dendam yang tidak berkesudahan. Amin...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan